Terma dan Syarat


Para tetamu/penyewa diminta mematuhi syarat-syarat dan peraturan berikut:

  1. Waktu check-in 2:30 petang hingga 6.00 petang dan waktu check-out 12:00 tengahari. Sila patuhi masa check-in/check-out yang betul. Sila maklumkan kepada kami (panggilan telefon/sms/whatsapp – 019-389135 atau 012-3178587) satu jam sebelum check-in/check-out. Sekiranya tiada pelanggan baru yang ingin check-in pada hari itu, masa check-out boleh dilanjutkan dengan kadar  RM 10/jam atau mengikut budi bicara tuan rumah (dengan syarat tiada pelanggan pada hari berkenaan).
  2. Sebagai tanda "pegang janji", kami memerlukan deposit  RM 100/malam untuk "block date" khusus untuk penyewa yang benar-benar ingin membuat tempahan. Deposit tidak akan dipulangkan atau mengikut budi bicara tuan rumah sekiranya bakal penyewa membatalkan tempahan. 
  3. Kunci dan access card hanya akan diserahkan apabila bayaran penuh dibuat semasa check-in. Access card yang hilang akan dikenakan caj sebanyak RM 100.
  4. Penyewa hendaklah mengisi borang penginapan homestay terlebih dahulu sebelum check-in. Bilangan tetamu/penghuni yang dibenarkan untuk menginap ialah 6 orang kerana kami menyediakan 3 buah bilik tidur sahaja. Jika ingin membawa tetamu melebihi jumlah tersebut, pihak kami hanya membenarkan maksimum 8 orang sahaja. Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para penghuni homestay ini.
  5. Dilarang sama sekali mengadakan sebarang majlis keramaian / jamuan atau family day.
  6. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina.
  7. Binatang peliharaan tidak dibenarkan menginap bersama.
  8. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.
  9. Penyewa hanya dibenarkan merokok di kawasan balkoni rumah sahaja. Sila buang abu dan punting rokok ke dalam bekas yang disediakan. 
  10. Bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh pihak berkuasa seperti bahan letupan, bom, peluru, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.
  11. Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita dan lampin bayi) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan asingkan sampah mengikut jenis. Sampah perlu dibuang ke rumah sampah yang terletak bersebelahan lif di tingkat yang sama. 
  12. Sila cuci/basuh semua pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang telah digunakan dan susun semula di tempat asalnya. 
  13. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di taman perumahan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sesuka hati.
  14. Hanya 1 kenderaan (kereta) dibenarkan memasuki kawasan penginapan. Penyewa perlu parkir di lot yang dikhaskan (tingkat mezzanine, unit 16) dan tidak mengganggu petak parkir penghuni lain.
  15. Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup suis lampu, suis kipas dan paip air sekiranya keluar atau tidak digunakan. Tutup tingkap sebelum meninggalkan homestay.
  16. Memastikan semua peralatan dan perabot yang ada di dalam homestay ini digunakan dengan sebaiknya dan tidak dibawa keluar.  Penyewa diingatkan untuk tidak mengubah kedudukan sebarang perabot di dalam homestay. Sekiranya dialihkan, penyewa perlu mengembalikan perabot ke kedudukan asal sebelum check-out
  17. Deposit akan dipulangkan selepas pemeriksaan keadaan homestay dibuat. Jika peralatan dan perabot rosak akibat kecuaian penyewa, tuan rumah berhak meminta ganti rugi sama nilai kerosakan tersebut dari pihak penyewa. 
  18. Pastikan pintu dan gril homestay dikunci apabila meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan. Pihak homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga anda semasa menginap di homestay. 
  19. Sebelum check-out, pastikan barang-barang milik peribadi penyewa tidak tertinggal. 
  20. Mohon kerjasama untuk memberitahu kepada pihak kami sekiranya ada terdapat sebarang kerosakan peralatan rumah atau pun sebarang "kejadian" kecil yang tidak diingini berlaku sepanjang menginap di homestay kami.
  21. Peraturan mandi di kolam renang adalah dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam sahaja. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun mesti ditemani dan dipantau oleh ibubapa/orang dewasa. 
  22. Tuan rumah berhak memasuki homestay pada bila-bila masa sekiranya perlu.


No comments:

Post a Comment